Apa khabar iman kita hari ini?
Pejam celik, sudah 5 hari kita berpuasa. Sekejap benar masa berlalu. Mudah-mudahan ibadah kita di bulan Ramadhan tahun ini, hari demi hari bertambah baik dan berqualiti bukan sekadar lapar dan dahaga yang diperolehi. Apa yang lebih penting apa yang kita lakukan di siang hari dan malam hari sepanjang bulan Ramadhan ini.
Antara soalan untuk kita audit diri sendiri setelah 5 hari berpuasa:
~ sudahkah solat fardhu di awal waktu dan secara berjemaah?
~ solat sunat sebelum & selepas solat fardu?
~ sudahkan bersedekah hari ini?
~ berdoa di waktu mustajab, waktu sahur dan waktu berbuka
~ hidupkan malam Ramadhan, qiamullail, solat terawikh, tahajud, dll
~ menaja orang lain berbuka puasa walaupun sebiji kurma, segelas air
~ membaca dan menghayati ayat-ayat al Quran
~ zikir-zikir harian pagi dan petang, sambil-sambil buat kerja, memandu dan sebagainya
Jika ada yang belum buat, atau masih bertangguh-tangguh untuk buat, mulakan hari ini. Masih belum terlambat.
Sama-sama kita rebut peluang ganjaran berlipat kali ganda yang Allah janjikan di bulan Ramadhan ini. Ameen.