Catatan pagi semalam…19.08.23
Meneruskan perjuangan dalam sesi bulanan bersama Ansarian iaitu sesi “ASK Talk” untuk bulan Ogos. Sesi yang sering dinanti dan dirindui, setelah 2 bulan lebih tidak dapat bersama dengan my pearls – ansarian. Lebih separuh daripada tugasan hakiki ini telah pun diuruskan oleh team leader T&D AnsarComp. Alhamdulillah.
Masa yang saya ada hanya satu jam maka sempatlah saya memberi penekanan semula kepada semua ansarian untuk sentiasa tingkatkan ilmu dan kemahiran serta pantau pencapaian prestasi diri sendiri untuk memenuhi keperluan semasa syarikat supaya seiring dengan perjalanan syarikat.
Jika tidak diri akan ketinggalan dan tenaga mahir baru perlu dibawa masuk demi memenuhi permintaan untuk jawatan yang lebih tinggi di peringkat pengurusan.
Apatah lagi bila ada peluang-peluang yang datang bertamu dari golongan “muhajirin” tanpa disangka yang pastinya memerlukan support team dan leaders team yang “high performing” dan “resources” yang mampan.
Organisasi yang berkembang akan perlukan tenaga mahir di setiap tahap pelan strategik yang bermula di tahap operational, tactical, strategic dan seterusnya visionary.
Tahap-tahap inilah juga yang akan menentukan tugasan yang semakin mencabar dan berat. Maka jawatan yang lebih tinggi diperlukan bersesuaian dengan pengalaman serta pengetahuan yang luas dalam bidang ataupun dengan kata lain menjadi expertise atau pakar bidang.
Pada peringkat awal bisnes, semua tahap itu diuruskan oleh founder atau CEO – “Chief Everything Officer”, namun selepas itu founder perlu mula bina tim dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Jika tiada proses tersebut, maka CEO akan mula “burn out” dan tidak dapat kembangkan bisnes ke peringkat yang lebih jauh.
Great leaders build more leaders. Proses yang perlu dilakukan secara berterusan dengar sabar dan sistematik serta istiqamah seiring dengan visi dan misi syarikat.
Itulah juga antara objektif utama ASK Talk session khusus untuk Ansarian ke arah misi membina team legasi yang “high performing” atau “al qawiy al ameen”.
Sesi ASK Talk diteruskan dengan aktiviti berkumpulan dan percambahan minda yang diketuai oleh team senior trainers & facilitators ansarian yang bertugas selepas mereka berhenti rehat seketika jam 10.30am.
Sesi kali ini juga menampilkan adik-adik trainee baru ansarian yang mempunyai bakat dan kemahiran yang terserlah dan berjaya menyiapkan tugasan mereka dalam tempoh masa yang lebih awal daripada jadual asal. So proud of you guys! Alhamdulillah.
Kemudian saya perlu bergegas keluar untuk hadiri dua jemputan kenduri serentak bersama ahli keluarga yang bermula pada jam 11.00am disusuli dengan slot khas bertemakan “anak-anak merdeka” di sebelah petang.
Mudahan apa yang diusahakan melalui sesi ASK Talk ini dapat memberi manfaat ke arah melahirkan ramai lagi ansarian dan “future leaders” yang baru kelak. Ameen, insya Allah.
AnsarComp ~ Leading The Way
#fastskillresources
#asktalk2023
#CatatanRH
#santaicutiRH
#ansarian
#beyondboundaries
#buildinglegacy
#ansarcomp
#ansarmart















