Malam yang dipenuhi dengan pelbagai watak insani dan tingkah-laku
Malam yang sibuk dengan pelbagai acara
Malam yang sepi dan sunyi
Malam yang dihiasi tawa ceria gurau senda
Malam yang digenangi air mata
Malam yang padat dengan ilmu mencerna minda
Malam yang pesat dengan pesta
Malam yang terang disimbahi neon kota pelbagai warna penuh ria
Malam yang gelap gelita dalam arus cerita hiba
Malam yang bercahaya dengan iman dan taqwa
Malam yang kelam dengan maksiat dan noda
Malam dirindui ibadurrahman untuk sujud dan taqarrub pada Maha Pencipta
Malam dinodai pendusta agama dan insan yang lalai daripada menyembahNya
Indah malam bagi yang syukur dalam iman dan ketaatan
Gundah malam bagi yang terus kufur dalam kenikmatan
Malam terus menyaksikan pelbagai rentetan kehidupan insan
Di manakah diri tatkala malam tiba? Apatah lagi saat lailatul qadar bakal menjelang tiba?