Buku Pilihan: 25 Jam Sehari?

Buka balik buku lama, dibeli semasa expo buku di PWTC 2017.

Waktu tu Safuraa ada di sebelah saya. Dia tertarik tengok tajuk buku, diambil dan dibeleknya penuh minat, lantas bertanya:

“Betul ke ada 25 jam? Kita kan ada 24 jam sahaja?” Tanyanya kehairanan.

“Yea betul. 24 jam boleh jadi 25 jam.” Jawab saya.

“Aik, macam mana tu Ummi? Cikgu ajar ada 24 jam jer. Nak campur dari mana?” Tanyanya lagi sambil dia cuba mengira.

“Kalau kita pandai guna masa, kita seolah-olah akan dapat lebih masa sejam sehari.

Contoh bangun pagi sejam lebih awal. Jadi kita akan ada lebih masa untuk buat macam-macam perkara bila kita pandai susun jadual masa kita hanya dengan bangun awal pagi.

Macam Safuraa buat sekarang ni, pergi sekolah sejam lebih awal daripada waktunya. Jadi Safuraa boleh baca buku, semak kerja rumah, boleh masuk perpustakaan dulu dan sebagainya. Tapi kalau pergi lewat, dah hilang dah masa sejam nak buat semua tu kan?”

Saya cuba terangkan dalam bahasa mudah untuk dia faham. Dia mengangguk-ngangguk dan tersenyum. Dia memang jenis yang “before time” bila pergi ke sekolah. Lambat seminit daripada waktu yang dijanjikan untuk hantarnya ke sekolah, dia akan mula merajuk. Padahal ada sejam lagi masa sebelum loceng sekolah dibunyikan.

========

Apa yang saya sampaikan pada Safuraa sebenarnya untuk ingatkan diri sendiri. Saya sendiri masih cuba hadam dan buat apa yang disarankan dalam buku ini, walaupun sering kali gagal untuk istiqamah.

Setiap orang ada 24 jam. Tetapi bukan setiap orang boleh guna sebaik mungkin masa 24 jam. Ada orang banyak buang masa tanpa sedar (terutamanya di media sosial), ada orang lain dapat menjana semula masa mereka dengan pelbagai perkara yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat, untuk diri sendiri dan juga umat. Sebab itu ada orang, semakin padat jadual sehariannya, semakin berkualiti masa yang dia ada dan yang dia habiskan. Muhasabah diri sendiri, berada di kategori yang mana.

Betapa Allah telah bersumpah dengan masa bahawa manusia itu dalam kerugian kecuali empat golongan….

Apapun buku ini, ilham penulis yang terkenal dengan “minda syariah” yang menjadi penasihat syariah peringkat antarabangsa ini, sangat bagus dibaca terutamanya bagi sesiapa yang sering memberi jawapan sibuk dan tak cukup masa…

Sedangkan sibuk adalah hanya alasan, yang sebenarnya adalah sejauh mana kita mampu mengurus dan merancang masa dengan sebaik mungkin.

Nota:
Sekiranya anda suka membaca e-book, boleh dapatkan di sini untuk pilihan pelbagai e-book:

http://www.ansarbookstore.com

 

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these