Apa itu Ummatic Centric?

Tertarik dengan konsep gagasan pemikiran “Ummatic Centric”.

“Ummatic centric bermula dengan meletakkan iman sebagai asas (input) dan amar makruf nahi mungkar sebagai tindakan (process). Hasilnya lahirlah sebaik-baik ummat (output).” 

(Rujukan: Majalah Solusi, Edisi 132, m/s 18)

 

 

 

Konsep yang digali dan dihayati daripada ajaran Al Quran. 

Tadabbur firman Allah swt, berkaitan hal ini; 

{كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ….}

“Kalian (wahai umat Muhammad) adalah umat yang terbaik  yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” (Surah Ali Imran: 110)

(Sila rujuk ilmuan tafsir untuk huraian lanjut) 

Betapa umat islam di akhir zaman ini wajib kembali kepada ajaran Al Quran dengan menerapkan pendekatan amar makruf nahi munkar dalam semua aspek kehidupan, ke arah transformasi menjadi sebaik-baik ummah. 

Ajaran yang menyeru untuk terus berbuat kebaikan, tinggalkan perlakuan keji dan munkar, sentiasa berbakti dan memberi manfaat kepada orang lain. 

Dan ianya perlulah bermula dari diri sendiri, ahli keluarga dan seterusnya masyarakat. 

Sekalipun masih tidak mampu untuk memberi manfaat kepada orang lain, cukuplah agar tidak menjadi bebanan atau menimbulkan masalah kepada orang lain dengan akhlaq dan perlakuan yang tidak elok.

Maka masih belum terlewat untuk sama-sama berazam untuk “transform”, berhijrah dan mengajak ke arah kebaikan – meskipun sedikit, asal istiqamah, agar hari ini sentiasa lebih baik dari semalam, untuk manfaat diri sendiri serta kesejahteraan ummah. In sya Allah, Ameen. 

#diridancermin

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these