Ramadhan Bakal Melabuhkan Tirainya

Sentuhan terakhir hari ini di saat Ramadhan bakal melabuhkan tirainya…lepas ni dah nak masuk dapur, fokus untuk siapkan apa yang patut untuk sambut Aidil Fitri, hari kemenangan kita umat Islam sedunia.

Segala tugasan bersambung selepas cuti Hari Raya, in sya Allah.

Semoga apa yang kita usahakan sepanjang Ramadhan ini dihitung sebagai amal soleh olehNya jua.

Sebagai hambaNya yang banyak dosa, tiada daya kita, antara khauf & raja’ – takutkan azabNya dan murkaNya dan dalam masa yang sama kita tetap harapkan keampunanNya, rahmatNya, kemaafanNya agar dihapuskan segala dosa-dosa kita.

Apa jua kelebihan yang kita ada, sebenarnya kerana Allah sedang menutup segala keaiban kita.

Teruskan perjuangan, semaikan kasih sayang, jauhi permusuhan, berlumba-lumba untuk lakukan kebaikan semata-mata mencari redhaNya.

Sama-sama kita tadabbur panduan daripada kisah Nabi Zakaria a.s dengan firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.” (Surah Al-Anbiya’, ayat 90)

Moga kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang…ameen ya Allah.

Eid Mubarak.
Maaf Zahir & Batin

#ansarspirit

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these