Allah dah janji setiap kesulitan diiringi kesenangan.
Covid-19 ni semua terkesan, tiada yang terlepas. Namun rahmat Allah maha luas, tidak bertepi.
Salah satu rahmatNya, Allah sediakan lubuk ilmu. Musim PKP, kita berpeluang untuk menuntut ilmu secara online tanpa perlu susah-susah keluar rumah. Jimat masa dan tenaga serta wang ringgit.
Bab menuntut ilmu ni perkara besar dalam Islam. Sebab nak buat apa pun kena ada ilmu yang betul.
Ramai sifu-sifu yang ada, boleh pilih ikut kesesuaian dan keperluan masing-masing.
Kalau nak belajar ilmu agama – pelbagai kelas online ada, live tadabbur Al Quran, live tazkirah, kuliyyah daripada pelbagai asaatizah dalam pelbagai bidang.
Kalau bab bisnes, ada pelbagai sifu biz online wujud dan semakin bertambah.
Ada sifu start-up biz, sifu internet marketing, sifu copy writing, sifu komunikasi, sifu leadership, sifu launch product, sifu ebook & ebookstore, sifu saham, sifu pelaburan emas, sifu affiliate…. dan bermacam sifu lagi ada.
Boleh juga pilih nak join mana-mana fb private group, telegram channel, group wasap, webinar, subscribe email marketing dan youtube channel mereka.
Ada yang free ada yang berbayar dengan yuran berpatutan sebab secara online.
Ada yang boleh join live, jika terlepas, join pula rakaman.
Ada ketikanya sifu yang bersungguh-sungguh dan sangat committed nak kongsi ilmu sampai anak murid pula tak terkejar (contoh terdekat, orang yang sedang menulis ni…)
Apapun semua itu adalah lubuk ilmu, peluang untuk tingkatkan lagi potensi diri, untuk kembangkan lagi bisnes dan tambah nilai kepada orang lain.
Nak ceritanya, sesukar mana pun, kita masih banyak pilihan, selagi kita sihat tubuh badan dan akal fikiran. (Kalau kita sedang sakit, Allah sedang tarik nikmat kesihatan tetapi rahmatNya tetap tak putus, Allah nak bagi keampunan bagi hambaNya yang bersabar).
Jadi isunya, bagi yang sihat ni, antara nak atau tak nak sahaja.
Kalau nak kata tak ada masa, sebenarnya itulah rezeki keberkatan masa masing-masing.
Allah dah bagi rezeki 24 jam masa untuk setiap orang, jadi kita sendiri yang perlu urus masa dan khususkan masa untuk belajar bukan cari masa terluang untuk belajar.
Semakin banyak belajar, semakin banyak kita tak tahu dan baru tahu. Jadi sesibuk manapun, memang kena cari masa untuk belajar.
Tak join rasa rugi sebab peluang kadang-kadang bukan selalu ada. Kita belajar niat bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi untuk bagi manfaat pada orang lain, keluarga kita, team kita dan juga orang lain yang memerlukan. Sebab bila ada ilmu macam-macam boleh buat dengan izinNya.
Sama-sama kita ambil peluang untuk belajar dan upgrade ilmu tanpa jemu dan yang penting terus buat apa yang telah dipelajari tanpa bertangguh. (Ayat last ni sambil pesan kat diri sendiri sebenarnya ni…?)
Selamat menuntut ilmu terutamanya di hujung minggu, di musim cuti, walau di mana sahaja kita berada.
Nota: Sedang belajar dan cuba buat apa yang sifu buat, sambil-sambil bagi latihan praktikal untuk anakanda sorang ni juga supaya buat. Siapkan pelapis terus, senang nak delegate tugas…
#santaiBizRH
#catatanRH