Beberapa hari ini, terima aura yang sangat positif daripada para penulis ebook dan usahawan ebookstore dan juga mentor-mentor, sifu dunia penulisan ebook, buku dan juga pakar “content”.
Asbab pertemuan tidak pernah diduga.
Pasti sudah ada hikmah tersurat dan tersirat.
Pasti ada sesuatu yang Dia sedang lorongkan.
Sangat bahagia bila melihat mereka semua gembira dengan pencapaian masing-masing. Pencapaian yang bakal membawa perubahan yang besar dengan izinNya. In sya Allah.
Sungguh, aura mereka sangat hebat.
Meskipun diri ini terasa sangat kerdil, dengan ilmu yang masih banyak perlu digali, namun demi tanggungjawab dan amanah, terpaku rasa untuk sama-sama berjuang, menyambung perjuangan para ilmuan generasi silam, “mengikat ilmu” melalui dunia penulisan hingga ke titisan keringat terakhir mereka demi menyebarkan ilmu kepada generasi seterusnya….
Betapa terasa rugi, dengan banyaknya masa berlalu namun tidak dapat diisi dengan aktiviti “mengikat ilmu” yang sering tertangguh dengan komitmen lain yang sering sahaja perlu didahulukan…
Maka tanyalah diri sendiri, sudahkah terikat ilmu dengan sebaiknya atau relakah ia terlepas begitu saja dimamah usia yang semakin ke penghujungnya, tanpa dapat dijejak lagi…
Sesungguhnya ilmu itu perlu diikat segera.
Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata:
الْعِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ قَيِّدْ صُيُوْدَكَ بِالْحِبَالِ الْوَاثِقَهْ
فَمِنَ الْحَمَاقَةِ أَنْ تَصِيْدَ غَزَالَةً وَتَتْرُكَهَا بَيْنَ الْخَلاَئِقِ طَالِقَهْ
“Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya
Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat,
termasuk kebodohan kalau engkau memburu kijang, setelah itu kamu tinggalkan terlepas begitu saja”
Dan juga renungi ungkapan ini:
قيد العلم بالعمل
“Ikatlah ilmu dengan mengamalkannya”
Duhai diri tulislah segera dan ikatlah ilmu kerana DIA…
Nota: Maka tiada alasan lagi untuk tidak rajin menulis dan mencatat ilmu agar diri sendiri tidak lupa untuk mengamalkan segala ilmu yang ditulis dan dikongsi itu….
اللهم صل علي محمد وعلي آل محمد…
#catatanRH