Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…atas senafas lagi kehidupan untuk bertemu lagi tarikh ini, tahun ini.
Sejujurnya saya sendiri secara peribadi, sebagaimana biasa tidaklah menyambut tarikh kelahiran ini dengan apa-apa majlis rasmi.
Namun sudah menjadi lumrah tarikh kelahiran tetap menjadi tarikh yang kita ingati, tetap menjadi tarikh istimewa dalam diari kehidupan seseorang. Sekurang-kurangnya mengingatkan kita, bahawa kita semakin dekat dengan kematian.
Sejak 3 tahun kebelakangan ini, 15 Jun jatuh dalam bulan Syawal, sarat dengan kenangan manis tersendiri, terakam kemas di lubuk hati ini.
15 Jun 2018 = 1 Syawal 1439h tarikh bersejarah sebab kali pertama raya di sini dengan Ma tanpa ayah di sisi. Ayah kembali ke rahmatullah pada bulan Nov 2017.
15 Jun 2019 = masih jatuh pada bulan Syawal, menjadi tarikh yang bersejarah juga, gara-gara aksi spontan ansarian yang buat kejutan semasa open house bersama Ansarian. Ya Allah betul-betul saya terkena, semput dada rasanya… lepas tu kami gelak beramai-ramai… akan dikenang sampai bila-bila.
Dan hari ini,
15 Jun 2020 = masih bulan Syawal + musim PKPP + norma baru yang pastinya menjadi sejarah yang paling unik seumur hidup…
Ya Allah, hari ini berbaur rasa… speechless sebenarnya…seharian tadi rezeki untuk luangkan masa berkualiti bersama Ma, hantar Ma jumpa doktor pakar untuk rawatan di usia emasnya yang tidak lagi kuat bertenaga seperti dulu…perlukan belaian, perhatian dan kasih sayang sepenuhnya daripada anak-anak …insaf, bagaimana keadaan kesihatan diri di usia emas kelak jika direzekikan panjang umur…
Seharian ini juga terima pelbagai kejutan demi kejutan besday dengan pelbagai cara, pelbagai channel, pelbagai ucapan yang sangat kreatif walaupun tidak bertemu mata.
Besday wish norma baru ?.
Terasa kalian semua sangat dekat di hati ini.
Syukur ya Allah…
Atas nikmat persahabatan ukhuwah fillah.
Atas nikmat keimanan, kesihatan, untuk masih mampu berpijak di bumiMu dikelilingi insan-insan tersayang yang saling mengasihi dan saling mendoakan terutamanya doa bonda tercinta, doa tanpa hijab yang sangat didambakan oleh si anak.
Terima kasih semua sahabat jauh dan dekat yang dikasihi dan dirindui atas semua doa dan ingatan yang tidak terbalas satu persatu. Saya sangat hargainya.
Terima kasih my beloved ansarians… lega tahun ni kita WFH kan hehe, jadi no more surprises macam tahun lepas yea… apapun you guys, my pearls are always in my heart…miss you all so much…tak sabar nak jumpa semua.
Terima kasih Saifudin Rahman sempat buat surprise video kenangan, dan Hakim untuk poster mewakili Ansarian, sangat hargainya…you guys are amazing!
Dan last but not least terima kasih Hainoorliza Shamsudin & Cikgu Hafiz yang sempat buat kejutan, buat sendiri kek pisang yang sedap, siap datang hantar sambil ziarah petang tadi….ya Allah sungguh terharu dan happy sangat dapat jumpa mata…
احبكم في الله…
Ameen atas doa semua. Moga kita semua dilimpahi rahmatNya, dikurniakan kekuatan untuk istiqamah memburu redhaNya dan keampunanNya sepanjang perjalanan meneruskan kehidupan yang berbaki. Ameen ya rabbal a’alamin.
With love,
RH
15 June 2020
#catatanRH