Pagi tadi…

Fokus dengar amanat tuan CEO, sewaktu mesyuarat bersama HR dan management team, untuk persiapan HR Comm session untuk Ansarian nanti.

Banyak perkara perlu diperkemaskan semasa transisi pasca pkp ini termasuklah polisi syarikat, keperluan Ansarian dan sebagainya.

Apatah lagi, selepas ini sebahagian ansarian akan terus sambung berkerja di rumah dan sebahagian yang lain perlu datang ke pejabat seperti biasa.

Sebenarnya mereka pun lebih memilih untuk kerja dari rumah. Tambahan ramai yang baru dapat baby… ?.

Namun setiap seminggu sekali mereka tetap perlu datang ke pejabat untuk sesi latihan mingguan dan juga tazkirah.

Kelas pengajian lain pula masih dibuat secara online kerana lebih menjimatkan masa dan lebih praktikal.

Paling utama, apa jua perubahan yang dibuat, ansarian dapat melakukan tugas mereka sebaik mungkin, prestasi kerja meningkat dan semangat mereka kekal produktif. Maka misi dan visi bersama akan tercapai dengan izinNya.

Apa jua rintangan perlu ditangani segera dan diperhalusi serta diperbaiki. Fokus punca masalah bukan simptom kepada masalah.

Team perlu dapat maklumat terkini dari masa ke semasa. Pesan guru: “Clarity is power.”

Pandemik Covid-19 ternyata mengubah segala-galanya. Termasuk cara berfikir, berkomunikasi, bertindak dan beradaptasi dengan budaya kerja yang baru, online vs offline. Semuanya jadi baru. Wajah baru, semangat baru. Norma baru. Dunia baru.

Emosi dan akal perlu seimbang.

Jika tiada ketahanan emosi, akal yang tajam menjadi tumpul. Tanpa akal yang rasional, emosi mudah tercalar, terbakar, terduduk…

Ketahanan emosi dan kebijaksanaan akal perlu sentiasa disirami dengan kemantapan iman, santapan rohani yang berterusan.

Kita merancang dan buat yang terbaik setiap masa tanpa jemu dan putus asa. Yang berlalu biarkan berlalu. Bina keyakinan dan kecemerlangan baru.

Selebihnya kita berserah sahaja 100% kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Jika sudah rezeki tidak akan ke mana….

لا حول ولا قوة الا بالله…

Nota: Perjuangan perlu diteruskan. Let’s do it & fly together.

#catatanRH
#AnsarCompConsultancyServices
#Ansarian
#pascaPKP

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these