Baru-baru ni, ada tugasan Pendidikan seni yang Safuraa perlu siapkan.
Kena tonton video origami dan lipat kertas untuk hasilkan kotak hadiah yang comel.
“Nak guna kertas apa Ummi?”
Mula tu saya fikir guna kertas biasa sahaja.
“A4 paper pun boleh”
Maka dia pun mula buat guna A4 paper putih biasa.
Terkial-kial jugalah dia buat, sambil tonton video cara-cara nak buat. Saya ikut tonton dan bantu pause video.
(Best juga ilmu baru sebab dulu kecik-kecik pandai buat jadi bakul je, tanpa tutup)
Akhirnya dah siap buat. Waktu nak post dalam google drive, dia tengok hasil kawan-kawan yang dah post. Ada macam-macam warna ada. Cantik.
“Isyy kite punya tak cantik lah..” rungutnya dengan nada geram.
Ummi cek balik arahan Cikgu. Owh rupanya Ummi pun tak perasan arahan soalan sebelum buat tu. Ummi short cut, terus tengok video jer. Patutlah.
Alahai Ummi pun.
Maka muncung lah juga dia sekejap.
Rasa down. Tak bagi saya upload.
Lagipun hasil pertama tu dia tak puas hati sangat sebab tak berapa kemas lipatannya. Dan dia tak berapa faham sikit lipatan bahagian akhir tu.
“Oklah kite nak buat baliklah. Kena buat kertas corak tu dululah Ummi”
katanya dalam nada yang tak puas hati tapi dengan semangat tak nak kalah.
“Ok jom Ummi teman…” lega sebab dia yang nekad nak buat semula, bukan Ummi yang suruh. Maka rajuknya tak panjang lah ni.
Maka dia buat lagi sekali, bentang kertas A4 putih, bermain dengan water color, tiup guna straw semua tu untuk hasilkan corak cantik warna-warni di kertas A4 putih.
Kemudian setelah kering, barulah dilipat jadi kotak hadiah tersebut.
Kali kedua buat dah semakin kemas lipatan.
Sikit jer saya bantu dia perkemaskan di hujungnya.
Kali ni dia dah mula senyum.
“Oklah Ummi, kite nak buat 2 kotak lagi. Kite
dah faham dah.” Tiba-tiba dia terus bersemangat nak buat. Jam dah 12 malam…
Senyum dia semakin lebar…
Maka akhirnya terhasillah 3 kotak hadiah comel ini untuk diupload dalam google drive yang cikgu dah sediakan tu.
Kotak putih yang pertama tu dah masuk bakul sampah.
Siaplah satu homework Pendidikan Seni.
Maka sebelum dia naik tidur, Ummi sempat beritahu Safurraa, “moral of the story” buat kotak hadiah ni.
Ummi cakap Ummi suka kotak hadiah Safuraa buat ni. Pandai Safuraa buat. Inilah namanya proses belajar.
1) Kena faham soalan dan arahan ataupun masalah, kemudian cari ilmu (spt rujuk video, bertanya guru) dan prektis buat (tadi Ummi pun silap tak cek betul-betul arahan soalan dan Ummi dah minta maaf).
2) Jangan putus asa. Jangan mengalah. Cuba sampai dapat. Jika buat salah, segera perbaiki, mohon maaf dan sentiasa maafkan orang.
3) Kemahiran perlu digilap dan dilatih. Kemahiran hanya akan dapat bila kita selalu buat. Sebab tu kali ketiga dan keempat buat, dah makin mudah buat dan makin kemas hasilnya. Apa-apa mata pelajaran pun, kena selalu baca buku dan buat latihan. Practice makes perfect.
Tu moral untuk Safuraa.
Ada satu moral penting, yang Ummi kena sentiasa ingatkan diri Ummi sendiri yang leka ini, iaitu berkaitan kertas putih vs kertas bercorak tu.
“Anak-anak dilahirkan bagaikan kertas / kain putih itu..kita lah ibu bapa yang mencorakkan anak-anak… “ (boleh rujuk hadis berkenaan ni).
Mereka adalah amanah Allah.
Pastinya hadiah yang bernilai untuk kita sebagai ibu bapa apabila peroleh anak-anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kita kelak.
Jadi kita perlulah sentiasa perbaiki diri agar jadi anak yang soleh/solehah untuk kedua ibu bapa kita sebagai contoh teladan yang baik untuk anak-anak generasi kita…ameen ya Allah.
===========
Oklah, Selamat bercuti semua walaupun setiap hari ada tugasan rasmi dan tak rasmi di rumah.
Selamat menjadi guru yang terbaik untuk anak-anak dan paling penting sabar melayan kerenah anak-anak, kerana mereka adalah sebenarnya cermin kita, hasil didikan kita di rumah…(sambil lagi sekali berpesan kat diri sendiri )…