Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya. Sebesar manapun dugaan, sesukar manapun ujian yang dihadapi, yakinkan diri segalanya adalah untuk menguji tahap keimanan dan ketaqwaan semata.
Setiap yang berlaku itu hanyalah ujian yang sedikit sahaja untuk kita berbanding dengan ujian-ujian yang ditimpakan kepada orang-orang lain yang kita mungkin tidak akan mampu untuk memikulnya jika kita berada di tempat mereka. Betapa Adil Allah yang Maha Adil.
Bukankah manusia diciptakan untuk diuji?
Sebagaimana maksud firman Allah:
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” – Surah Al Mulk 67:2
Apapun yang berlaku, usaha, doa dan tawakkal saja kepada Allah. Berserah sepenuhnya kepada ketentuan Yang Esa. Pasti ada jalan penyelesaian di hadapan. Fikirkan positif.
Fikirkan apa saja solusi bukan bebani minda dengan sejuta halangan dan masalah yang hanya akan menutup jalan-jalan penyelesaian sehingga segalanya menjadi buntu, kelam dan tidak mendatangkan apa-apa hasil.
Sekali melangkah, teruskan melangkah. Hijrah ke arah kebaikan, hayati hikmah dan rahmat di sebalik dugaan. Pasti ada sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan. In sya Allah. Ameen.
No turning back. Life must go on!
لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم