Tunduk ke bumi, sedar kerdil dan fakir diri. Itulah tempat kembali…
Dongak ke awan biru, insafi kebesaran Ilahi. Kita hanya hambaNya, hidup bukan untuk menongkat langit meninggi diri…
Pandang ke kanan dan ke kiri, betapa diri sedang diperhati, amalan sedang dicatat setiap saat. Antara kanan dan kiri, timbangan mana satukah yang lebih berat?
Toleh sejenak ke belakang, melihat jejak-jejak yang ditinggalkan, ternampak hitam-putih diari kehidupan, dosa-dosa bertaburan, muhasabah diri atas segala kealpaan dan kekhilafan, cukupkah bekalan untuk dibawa pulang?
Pandang terus ke depan, banyak persimpangan dan persinggahan, pelbagai pilihan laluan peluang dan ruang amalan maaruf nahi munkar, jalan ke arah berpahala atau berdosa, bersama redha atau murkaNya, destinasi menuju ke syurga atau ke neraka.
Mana satukah yang menjadi idaman dan rebutan, amalan manakah yang diterima Allah saat diri sering terleka dalam dunia akhir zaman yang penuh fitnah?
Ya Allah, sesungguhnya hanya dengan rahmatMu untuk kami layak masuk ke syurgaMu, destinasi idaman kami yang kekal abadi…tunjukkan kami jalan yang lurus, ampunkan segala dosa-dosa kami…
الله اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة. امين
#diridancermin
#catatanRH
