Jika tidak memulakan sesuatu, bagaimana untuk dapat hasilnya…

Jika tidak memulakan sesuatu, bagaimana untuk dapat hasilnya…

========

Untuk memulakan itu selalunya yang sukar. Bila dah bermula, in sya Allah pasti ada laluan yang lebih mudah untuk diikuti dan diselusuri. Pasti ada jalan, pasti ada pertolongan Allah, kerana apalah daya kita tanpa izin dan bantuanNya…yakin sahaja…

Mulakan sahaja dahulu apa yang terdaya. Mulakan buat perkara yang baik, niat yang baik, perancangan yang baik, natijahnya juga akan jadi baik…bersangka baik, fikirkan yang baik-baik…

Jika terlalu banyak perancangan, tetapi tidak berani untuk bertindak apa-apa, maka sebaik mana pun perancangan itu, ia tetap tinggal menjadi teori terbaik…

Usah cerita cabaran atau rintangan yang bakal dihadapi, itu semua adalah asam garam pahit manis, pelengkap utama setiap perjuangan, setiap mujahadah, setiap langkah…

Setiap yang bermula pasti ada kisah sambungannya…bi iznillah…

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these