Firman Allah SWT dalam Surah Al Furqan ayat 30-31:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا (30) وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ وَكَفَى بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا (31)
30) Berkatalah Rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Qur’an ini suatu yang tidak diacuhkan.
31) Dan seperti itulah telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong.”
=========
Termasuk ke dalam pengertian yang tidak diacuhkan / yang diabaikan / yang ditinggalkan ini:
1) Tidak mahu beriman kepada Al-Qur’an serta tidak membenarkannya, termasuk sikap meninggalkan Al-Qur’an.
2) Tidak mahu merenungkan dan memahami maknanya.
3) Tidak mengamalkannya dan tidak melaksanakan perintah-perintahnya, serta tidak meninggalkan larangan-larangannya.
4) Mengesampingkannya, lalu menuju kepada yang lainnya, baik berupa syair, pendapat, nyanyian atau main-main, cerita atau pun metode yang diambil bukan darinya.
Semoga Allah menggerakkan hati kita untuk sentiasa pelajari Al Quran, membacanya, tadabbur isi kandungannya, memahaminya dan mengamalkannya…aamiin
Sumber: Tafsir Ibn Kathir.
=======
Nota: Muhasabah diri sendiri, sejauh mana keakraban / keacuhan dengan Al Quran, banyak mana pula masa yang dikhususkan untuk Al Quran…
اللهم ارحمنا بالقرآن واجعله لنا اماما ونورا وهدى ورحمة…آمين