Cerita Orang Berfikiran Positif…

=======================

Sembang-sembang dengan orang berfikiran positif, minda kita juga akan jadi positif. Kita akan nampak perkara-perkara positif dan hasilnya juga akan jadi positif, in sya Allah.

Mereka ini sentiasa:

~ Lihat peluang di sebalik kepayahan.

~ Hargai pandangan dan rai perbezaan.

~ Hadapi persoalan dan harmonikan perselisihan.

~ Tangani cabaran dan cari jalan penyelesaian.

~ Hargai ukhuwah, ramaikan kenalan, rapatkan jurang.

~ Berdoa mohon petunjuk Allah dengan setiap keputusan dan jalan keluar dari setiap masalah.

~ Yakin bantuan Allah sentiasa ada, selalu hadir tepat pada waktunya, tidak akan terlambat atau tercepat walaupun sesaat…

~ Tawakkal pada ketentuan Allah di sebalik segala perancangan…kerana Allah adalah sebaik-baik Perancang. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat setiap hambaNya…

~ Banyak memberi tanda rasa syukur atas segala nikmat dan peluang…Alhamdulillah.

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these