Selamat berjuang hari ini

Kita semua adalah “fighters” & “frontliners” dalam trek kehidupan kita masing-masing.

Sama ada kita memakai topi sebagai anak, isteri/suami, ibu bapa, guru, pekerja, majikan, usahawan atau siapa sahaja.

Usah mengeluh, usah tangisi jauh sekali merungut dan menidakkan takdir yang tersurat dan tersirat.

Rebut dan cipta peluang yang terbentang luas di depan mata.
Terlalu banyak peluang. Adakala perlu dilepaskan dan perlu dikorbankan.

Jadi mata lebah bukan mata lalat.
Jadilah bintang yang bersinar menyinari alam tetapi tetap berjalan tunduk di muka bumi.

Ikutlah rasmi padi dan jadilah ular yang menyusur akar.

Bukan jadi api dalam sekam.
Bukan juga gunting dalam lipatan.

Cari kebaikan dan hikmah dari setiap kejadian.
Berikan waktu, berikan pertolongan, berikan komitmen, berikan senyuman…

Dan lakukan apa jua tugasan dengan penuh keikhlasan demi mencari redhaNya semata…

Maafkan diri sendiri, maafkan orang lain… maafkan dan maafkan, kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Pemaaf…

Nota: Selingan catatan “Transformasi Usahawan Norma Baharu” (TUNB)

رب يسر ولا تعسر رب تمم بالخير…
بسم الله توكلت علي الله..
لا حول ولا قوة الا بالله…

Catatan lama: 4 Feb 2021

#diridancermin
#TUNB
#transformasiDiri
#tintahijrah
#embracechange

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these