Niat sungguh-sungguh untuk lakukan perubahan. Jauhi dosa dan apa jua perkara yang Allah benci. Semak juga keberkatan rezeki, sumber halalan toyyiba.
Mudahan dengan rezeki halal makanan yang baik yang jadi darah daging dapat membentuk peribadi dan akhlaq yang baik bukan sahaja diri sendiri tetapi generasi anak cucu yang akan mendoakan kita kelak.
Kita amat perlukan doa anak-anak yang soleh dan solehah sebagaimana Ibu ayah perlukan daripada kita sekarang iniā¦
Selamat bermujahadah mencari redha Allah.
Let go apa jua kenikmatan dunia yang tidak diredhai Allah, ikhlas kerana Allah semata-mata bukan kerana pujian manusia apatah lagi habuan dunia yang sementara.
Muhasabah diri sendiri.
Cermin diri sendiri.
Pandang diri sendiri.
Catatan ini adalah untuk peringatan diri sendiri, insan yang tersangat fakir di sisi Allah.
Kerana diri sendiri penuh dengan dosa.
Tiada kehebatan apa-apa. Jauh dari sempurna. Banyak aib diri yang masih dijaga dan ditutup olehNya.
Mudahan kita semua peroleh hidayah dan rahmatNya.
Mudahan kita sampai ke bulan Ramadhan, bulan keampunan yang ada padanya malam lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Ameen.