Al-Kahfi

Alhamdulillah. Pagi yang damai dan tenang. Bersama kicauan burung dan kokokan ayam jantan yang sudah lama tidak kedengaran…

Mudahan hari ini membawa khabar gembira, di sebalik apa jua ujian suka-duka dan cabaran dalam kehidupan.

Khabar gembira yang menerbitkan rasa syukur bukan semakin lalai dan alpa dengan segala nikmat yang dikurniakan.

Rasa syukur yang bukan sekadar di bibir tetapi diterjemahkan dengan ketaatan dan ketaqwaan kepadaNya.

Ketaatan untuk lakukan segala perintahNya kerana takut dengan azab siksaNya yang pastinya perlu mujahadah dengan istiqamah.

Mujahadah memerangi perangkap hawa nafsu dan tipu daya (talbis) iblis laknatullah secara berterusan dengan doa, taubat dan zikrullah agar hati tidak terpadam dari cahaya keimanan dan hidayah Allah…

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

“Semua (keburukan dan kesesatan) bersumber dari kelalaian hati dan memperturutkan hawa nafsu, kerana dua sifat buruk inilah yang memadamkan cahaya dan membutakan mata hati.”

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang
telah Kami lalaikan dari berzikir (mengingat) Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas (rosak dan buruk).”

[Al-Kahfi/18:28]

سبحان الله وبحمده…
استغفر الله وأتوب اليه…

Sumber rujukan: almanhaj.or.id

#diridancermin

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these