Terbang mencari ribuan kuntuman bunga dan berusaha keras untuk hasilkan madu setiap hari.
Meskipun lebah adalah makhluk Allah SWT yang kecil saiznya namun madu yang dihasilkan memberi banyak manfaat kepada manusia.
Lebah juga dijadikan sebagai salah satu nama surah dalam al-Quran iaitu surah An-Nahl, surah yang ke-16. Surah ini terdiri daripada 128 ayat yang termasuk golongan surah Makkiyyah.
Sama-sama kita hayati maksud firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:
68: “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.”
69: Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat, yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
(Surah an-Nahl, ayat 68-69)
(Mohon rujuk tafsir Al Quran dan ilmuan tafsir untuk huraian lanjut)
=========
Semoga kita semua hamba Allah sentiasa bersemangat untuk melaksanakan tugasan seharian, memberi kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain tanpa rasa jemu dan putus asa… moga Allah berkati segala usaha…ameen.
#tadabburdaily