Berkata Al Imam Fudhail bin Iyadh رحمه الله تعالى:
Ketika menafsirkan firman Allah swt:
لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ
“… Untuk menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik Amalnya.
(Al-Mulk: ayat 2)
Beliau Berkata: maksudnya, dia Ikhlas dan benar dalam mengerjakan. Sebab Amalan yang dilakukan dengan Ikhlas tetapi tidak benar maka Amalan itu tidak akan diterima dan jika dia benar tetapi Amalannya tidak Ikhlas maka Amalannya juga tidak diterima. Adapun Amal yang Ikhlas adalah amalan yang dilakukan kerana Allah, sedangkan Amal yang benar adalah yang dikerjakan sesuai dengan Sunnah Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
(Syarh Arba’in An-Nawawi Hal:25).
قال الشيخ ابن قيم الجوزية رحمه الله:
“العمل بغير إخلاصٍ ولا اقتداءٍ كالمسافِر يملأ جرابه رملا يثقله ولا ينفعه” انتهى.
Berkata Al Imam Inbul Qoyyim Al-jauziyah رحمه الله تعالى :
Beramal tanpa (didasari) ikhlas dan iqtida’ (mengikuti Sunnah Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ) seperti seorang musafir yang memenuhi kantong airnya dengan pasir. Hal tersebut hanya memberatkan namun tidak memberikan manfaat.
(Al-fawaid, hal: 49)
Berkata Al Imam lbnu Katsir رحمه الله تعالى:
Sesungguhnya Amal yang diterima harus memenuhi 2 Syarat:
1) Ikhlas kerana Allah.
2) Benar dan sesuai dengan Syariat.
Jika dilakukan dengan Ikhlas tetapi tidak benar maka tidak akan diterima (Amalannya).
{Tafsir Inbu Katsir (I/389)}.