Share daripada FB Tn Zaim Zin untuk muhasabah diri sendiri:
>>>>>>>>>
Jika kalian pernah goyang hati untuk berdoa dan berharap pada Allah, status ini tak lalu saja-saja.
Setiap kali mendengar kisah-kisah seperti ini, baru kita sedar, semua masalah yang kita hadapi hari ini, sama sahaja seperti zaman-zaman terdahulu.
Saya terdengar satu pengisian dari Kisah Ibrahim Adham. Beliau adalah keturunan kaya yang meninggalkan kekayaannya untuk mengutamakan akhirat.
Suatu hari ketika Ibrahim bin Adham melintasi sebuah pasar di Kota Basrah, lalu orang ramai berkumpul kepadanya dan berkata, “Wahai Abu Ishaq, Allah berfirman dalam Al-Quran, Allah akan perkenankan permintaan doa hamba Nya. Dah lama kami berdoa meminta sesuatu kepada Allah, tetapi kenapa hingga kini, doa kami belum dikabulkan?”
Mendengar aduan tersebut, Ibrahim bin Adham berkata, “Wahai penduduk Basrah, sesungguhnya hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara, iaitu;
Pertama: Kamu mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya.
Kedua: Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak mengamalkannya.
Ketiga: Kamu mendakwa mencintai Rasulullah, tetapi Kamu meninggalkan Sunnahnya.
Keempat: Kamu mendakwa permusuhan terhadap Syaitan, tetapi kamu menurut kemahuannya.
Kelima: Kamu berkata kami cintakan syurga, tetapi kamu tidak melakukan amalan untuk membawa ke syurga.
Keenam: Kamu berkata kami takut masuk neraka, tetapi kamu menggadaikan diri kamu untuknya.
Ketujuh: Kamu berkata bahawa kematian itu pasti, tetapi kamu tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.
Kelapan: Kamu sibukkan diri dengan aib saudara kamu, dan mengabaikan aib sendiri.
Kesembilan: Kamu makan nikmat tuhanmu, tetapi kamu tidak bersyukur atas nikmat tersebut.
Kesepuluh: Kamu selalu mengebumikan mayat dikalangan kamu, tetapi kamu tidak pernah mengambil pengajaran darinya.
Mungkin ada daripada sepuluh perkara ni yang masih bersarang dalam hati, kemudian kita putus asa dan risau kenapa Allah tak perkenankan doa kita.
Sebak bila membaca semula kisah ini. Ini antara pengisian awal usrah kami bersama Abi. Semua peringatan ni ada dalam tadabbur Al Fatihah di Quranic Personality.