Sejenak tadabbur…

Mata agak lama terpaku dengan firman Allah ini dan huraiannya yang panjang:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا
مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ (١٤٢)

142) Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.

(Surah Ali Imran: 142)

==============

Baca, cari, selami, hayati, tadabbur, tafakkur….

Ada huraian yang panjang tentang jihad dan sabar dalam ayat ini. Apa itu jihad, apa itu sabar… dan kaitan keduanya untuk raih syurga Allah… betapa jihad dan sabar menjadi antara syarat utama…

Sesungguhnya jalan menuju syurga Allah itu penuh ujian dan rintangan…

Sejauh mana diri benar-benar telah “berjihad” di jalan Allah, berjihad melawan hawa nafsu, dan juga telah benar-benar “bersabar” dengan pelbagai tahap ujian dan musibah, bersabar pada pukulan pertama, bersabar dalam ketaatan dan ketakwaan, bersabar dalam menuntut ilmu dan menyampaikan serta mendidik (diri ahli keluarga, masyarakat), bersabar dalam amar makruf dan nahi mungkar dan pelbagai lagi peringkat kesabaran… Allahu Akbar.

اللهم انا نسألك رضاك والجنة ونعوذبك من سخطك والنار…

Muhasabah diri.
#diridancermin
#tadabbur

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these