Family & Biz matters

Balik dari out station Sabtu lepas, dah ada tugasan penting menanti. Family & Biz matters.

Dead line pula serentak.

Sebagai ibu dan isteri dan juga sebagai anak, tak dapat tidak urusan keluarga perlu diutamakan.

Untuk biz, pun perlu hadap juga, itulah komitmen dan pengorbanan, harga yang perlu dibayar. Personal matters selalu kena letak tepi dulu.

Hari Ahad lepas terima panggilan daripada seorang pegawai ni di hari minggu. Kali ni sebab beliau perlu bercakap dengan biz owner / pengarah syarikat. Jarang terima panggilan rasmi sebegini, terutamanya di hari minggu.

Rupanya beliau nak sampaikan berita gembira. Kami antara yang terpilih. Masya Allah, Alhamdulillah. Mudahan peroleh keberkatanNya jua.

Bagus betul beliau follow up call, supaya saya tak ketinggalan briefing penting secara online awal pagi Isnin.

4 hari out station, saya terlepas pandang untuk cek email beliau rupanya. Sebab itulah beliau follow up untuk pengesahan kehadiran. Thumbs up untuk beliau gigih bertugas di hari minggu. Antara ciri pekerja yang komited dan tidak berkira, sebab dia faham tugasnya dianggap belum selesai.

Kalau ikutkan, beliau boleh sahaja lepas tangan, sebab beliau dah hantar email dan bagi tarikh tutup untuk saya respon, jadi tugas beliau dah dikira selesai dan bukan silap dia kalau saya tak respon.

Namun sebab beliau seorang yang komited, maka dia nekad untuk call. Siap mohon maaf dengan saya sebab terpaksa call saya di hari minggu.

Dalam kes ini, saya yang patut rasa bersalah dan malu sebab lewat cek email dan lewat respon dan telah menyebabkan dia kena bertugas lebih masa.

Jika dia tidak call, berkemungkinan besar saya terlepas sesi briefing yang penting itu untuk semua yang dah terpilih.

Perkara ini nampak kecil, namun impaknya tetap besar.

Begitulah…selalu pesan untuk diri sendiri dan juga team, apa yang kita buat, buat sahaja sehabis baik. Above the line. Go extra mile. Ada ansar spirit, nak bantu orang lain. Ada empathy. Ada courtesy.

Mungkin dengan “extra effort” itu, bukan sahaja untuk kepuasan kepada diri sendiri tetapi lebih penting mampu memberi manfaat dan kebaikan untuk orang lain… dengan izinNya.

Oklah itu sahaja dulu catatan saya untuk hari ni.
Perlu sambung siapkan beberapa tugasan lagi dalam jadual. Selamat bertugas dengan ceria dan dari hati yang tulus ikhlas. Niat sebagai ibadah.

Jika kepala rasa berat, dan minda dah mula jem, itu tandanya perlu ada “output strategy…”.

Apa itu output strategy?

Till then…

#catatanRH
#ansarspirit
#ansarbiz
#ansarcomp

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these