Ada 1001 kisah terpahat sejak terjun dalam perkhidmatan memohon import permit dan SIRIM type approval sejak awal tahun 2001 secara part time, sebelum resign daripada tempat kerja lama…
Bayangkan orang yang bukan teknikal terjun dalam bidang teknikal, nak kena faham dan hadam bahasa-bahasa teknikal dalam test report, product technical specs, jenis-jenis test report yang diiktiraf oleh SIRIM dan sebagainya.
Bila nak mohon ap atau import permit, kita perlu faham specs apa yang kena ap, tariff code mana yang perlu ap, produk jenis bagaimana yang kena submit TA dulu sebelum buat ap, mana shipment yang kena special ap.
Jadi kena belajar study shipment invoice, isi borang jk69 dan cek technical product specs satu persatu , sebelum advise balik client, etc…silap advise, shipment sangkut perlu ap, haru jadinya.
Dan perlu belajar juga buat sebut harga, dan sirim fees pula bergantung kepada product technical specs…jadi tak dapat tidak perlu faham technical specs supaya dapat bagi sebut harga yang tepat pada client…
Semua itu perkara yang tak pernah belajar kat sekolah atau kat u atau kat office lama… semuanya adalah ilmu baru dan pengalaman baru yang tak pernah terfikir nak kena belajar..
Dan my only sifu masa tu, my big boss aka biz & life partner yang memang dah mahir dengan kerja-kerja itu sebab dah jadi darah dagingnya di tempat kerja lamanya… maka sangatlah terasa kecut perut untuk saya tanya benda sama 2-3 kali padanya hehe…
Masa kali pertama dapat assignment dari big boss kena pergi SIRIM seorang diri, bertambahlah kecut perutnya… risau sangat takut tak faham soalan officer SIRIM dan takut nampak tak berapa cerdik terkial-kial berhadapan dengan mereka… takut tak tahu apa benda nak jawab dan nak explain balik bab technical specs ni pada mereka yang berada di SIRIM kaunter…banyaknya ketakutan saya waktu itu…
Tapi demi ikut arahan big boss yang tercinta itu, maka gagahkan kaki untuk sampai ke SIRIM seorang diri…dengan hati yang berat….dan Alhamdulillah, berjaya juga selesaikan satu misi penuh debaran itu… hingga lama kelamaan dapat atasi semua ketakutan itu…sehinggalah pegawai-pegawai SIRIM pun dah jadi sahabat baik sebab sering mengadap mereka saban hari, sebelum akhirnya ada staff yang menyambung tugasan itu hingga sekarang….pengalaman pahit manis yang benar-benar mendewasakan…Alhamdulillah.
Maka sejak itulah, akhirnya pada bulan Ogos 2004, AnsarComp (M) Sdn Bhd tertubuh sehingga sekarang, setelah beroperasi bersama AnsarComp Enterprise selama tiga tahun…Alhamdulillah.
Kesimpulannya, dalam kehidupan kita ini, kita perlu sentiasa bersedia belajar perkara baru meskipun kita tak pernah terfikir untuk buat atau belajar perkara tersebut. Ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri bila Allah hantar atau campakkan kita di satu-satu tempat / kejadian / situasi atau pertemukan kita dengan seseorang. Sebab Allah kurniakan akal fikiran untuk kita fikir dan terus berusaha sebaik mungkin untuk lakukan amanah tersebut sambil tidak putus-putus berdoa minta pertunjuk hidayatNya.
Dan bila kita sudah semakin mahir, sebagai pemimpin / biz owner perlu belajar pula untuk cari staff dan latih mereka buat tugasan rutin tersebut, sebab kita ada tugasan lain yang lebih mencabar untuk difikirkan dan diuruskan di tahap pemikiran, kemahiran dan pengalaman yang berbeza pula…