Kali ini saya akan menulis tentang topik yang jauh berbeza daripada biasa. Topik yang tak pernah saya tulis atau kongsikan dengan sesiapa sebelum ini.
Tetapi kenapa tiba-tiba kali ini saya ingin menulis tentang topik simpanan emas ini?
Ada kisah di sebalik topik ini.
Sebenarnya saya baru sahaja menceburkan diri dengan dunia simpanan emas bermula awal bulan Nov 2019 dan saya juga baru sahaja bergelar Authorised Dealer Public Gold pada bulan yang sama.
Semuanya secara tiba-tiba.
Saya yang dulunya tidak pernah terbuka hati untuk ambil tahu tentang simpanan emas kini sudah muka terpaut dengan dunia simpanan emas.
Sebelum ini, jika ada yang mula bercerita tentang pelaburan emas, saya tidak pernah ambil peduli.
Namun kenapa sekarang saya sudah berubah?
Sejak beberapa minggu ini juga saya telah berjaya menulis ebook khas tentang simpanan emas yang bakal diterbitkan hari ini.
Saya pun sebenarnya pelik dan tidak percaya. Tetapi yang pasti semuanya berlaku hanya dengan izinNya semata-mata.
Apapun saya berterima kasih kepada sahabat saya iaitu Puan Hasnah yang menjadi asbab membantu membuka mata saya tentang kepentingan simpanan emas ini.
Melalui posting beliau tentang harga emas yang semakin naik sejak 5-10 tahun yang lampau telah membuka mata saya untuk melihat lebih jauh potensi simpanan emas ini untuk jangka masa yang panjang di masa akan datang.
Kini saya rasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada ramai lagi insan-insan di luar sana tentang kepentingan tukar duit menjadi emas.
Saya sudah bertukar persepsi sebanyak 360 darjah tentang konsep simpanan emas ini.
Saya rasa begitu terlambat untuk bertindak membeli dan menyimpan emas kerana saya hanya baru ingin bermula di usia sudah hampir separuh abad. Jadi saya berharap agar pembaca yang membaca catatan saya ini tidak terlewat macam saya.
Boleh baca selanjutnya di dalam ebook saya yang pertama kali dihasilkan ini di sini:
www.itqanbookstore.com
Salam hormat,
Ramlah Hamad
Authorised Dealer Public Gold
PG00207077