Hijrah Diri: Ke Arah Mukmin Professional

Jaga hubungan dengan Allah.

Jaga hubungan dengan manusia.

Elak diri daripada muflis di dunia dan di akhirat.

Usahakan jadi kaya untuk memberi manfaat kepada orang lain, sebagaimana hadis Nabi SAW:
خير الناس انفعهم للناس
”Sebaik-baik manusia, yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain” (HR Ahmad, Thabrani, disahihkan oleh Albani)

Biar kaya iman, kaya jiwa, kaya peribadi mulia, kaya ilmu pengetahuan, kaya harta benda, kaya ukhuwah fillah, kaya bakat dan kesungguhan untuk terus berubah dan berhijrah ke tahap yang lebih baik setiap masa dan ketika, seterusnya dapat memberi manfaat secara berterusan kepada orang lain dengan pelbagai cara.

Biar manfaat itu terus mengalir dan melimpah, meski kita sudah tiada lagi di dunia ini nanti.

Sama-sama pasang azam dan laksanakan, moga Allah permudahkan. In sya Allah. Ameen.

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these