Tiada Yang Mustahil Jika Itu Suratannya

Tak ada perkara yang mustahil jika Allah kehendaki. Tak ada kuasa yang menghalang jika Allah izinkan.

Siapalah kita untuk menafikan atau mengiyakan apatah lagi untuk mempersoalkan takdir yang tersurat.

Kita diberi akal untuk berfikir dan merancang, diberi kuasa untuk membuat keputusan dan membuat pilihan untuk melaksanakannya.

Cuma kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku dengan setiap pilihan kita. Apa jua yang kita pilih, itu adalah tanggung jawab kita sendiri. Itu bakal menjadi takdir yang telah tersurat untuk kita.

Fikir, rancang, pilih, usaha dan buat sebagaimana yang dirancang. Minta petunjuk dan doa berterusan. Selebihnya tawakkal sahaja pada ketentuan Allah.

Usah disesali dengan setiap keputusan yang dibuat. Usah juga menuding jari kepada orang lain, jika hasilnya nanti tidak seperti yang kita harapkan.

Yakin sahaja bahawa setiap yang berlaku itu nanti adalah takdir terbaik untuk setiap hambanya, dalam setiap situasi, gembira atau duka, pahit atau manis.

Think positive!

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these