Sepagi hari ini saya berpeluang bertemu dengan dua orang usahawan hebat yang datang dari Seremban. Alhamdulillah.
Mereka adalah Puan Maji, pengusaha kicap Maji dan juga Puan Rehan pengusaha pelbagai produk rempah dan pes Rehan.
Saya sebenarnya rasa terharu dapat kenal mereka dan teruja dengan semangat mereka yang serius mengusahakan produk mereka yang telah mendapat sijil Halal JAKIM.
Meskipun musim PKP namun produk mereka tetap ada permintaan yang tinggi. Seronok bersembang hal-hal bisnes dan secara tidak dapat bertukar idea dan berkongsi pengalaman.
PKP sebenarnya rahmat kerana telah banyak membuka peluang baru terutamanya bagi produk barangan keperluan harian.
Ramai yang kini telah mengambil peluang memulakan home-based business. Ada juga yang menjadi agen dengan menjual produk-produk yang sedang mendapat sambutan atau yang sedang viral di pasaran.
Bagi mereka yang ada kemahiran memasak pula boleh mencuba pelbagai resipi atau produk untuk dijual.
Puan Maji ini antara yang pandai mencipta peluang. Di musim PKP dalam bulan Ramadhan ini beliau berjaya mencipta resipi inovasi cencaru sumbat frozen.
Percubaan pertama menjual kepada jiran-jiran setaman, berjaya menambat hati mereka yang gemarkan masakan ikan bakar yang boleh dicicah dengan produk beliau yang terkenal sebelum ini iaitu sambal kicap Maji.
Ikan cencaru sumbat dah kicap Maji (3 perisa) kini boleh didapati di D’Ansar Mart.
Bagi produk rempah dan pes Rehan pula, D’Ansar Mart kini menjadi Distributor untuk Subang Jaya. Peluang untuk agen akan dibuka dalam masa yang terdekat.
Bagi saya, penting untuk kita cipta ruang dan memberi peluang kepada orang lain untuk sama-sama mulakan atau kembangkan bisnes.
Saya akan kongsi keistimewaan produk-produk keluaran Puan Rehan ini di post yang akan datang pula, in sya Allah.
Sama-sama kita semarakkan ekonomi umat islam dalam kesempatan yang ada.
#kitajagakita
#catatanbizRH
#sahabatBizRH
15 Ramadhan 1441H / 8 Mei 2020