Halal logistik Halal Faszz Technology (M) Sdn Bhd

Semalam saya berkesempatan online meeting dengan founder logistik Halal logistik Halal Faszz Technology (M) Sdn Bhd iaitu Dato Ishak bin Mohd Ishtiaq.

Banyak perkara yang didedahkan oleh Dato mengenai trend terkini permintaan produk halal.

Umum juga mengetahui pasaran halal peringkat global adalah antara yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Di Malaysia, produk yang telah mempunyai sijil halal JAKIM mempunyai pasaran yang lebih meluas dan dapat permintaan yang lebih tinggi.

Salah satu usaha kami sebagai konsultan Halal di AnsarComp, untuk menggalakkan lebih ramai lagi yang dapat memohon sijil Halal dan seterusnya berpeluang memasarkan produk tersebut melalui platform halal yang tersedia.

Faszz antara platform halal logistic distribution channel yang hanya memfokuskan produk-produk makanan dan runcit yang halal. Usaha mereka ini sangat bagus untuk sama-sama mantapkan lagi ekosistem produk Halal.

Di D’Ansar Mart Putra Heights pula, kami sangat mengalu-alukan produk-produk halal dan juga produk buatan muslim kerana permintaan sejak PKP ini semakin meningkat sama ada pembelian secara online atau di kedai secara walk ini ataupun melalui perkhidmatan penghantaran.

Jadi kepada pemilik bisnes yang mempunyai produk makanan dan minuman terutamanya, rebut peluang yang ada ini untuk dapatkan sijil Halal JAKIM.

Boleh juga hubungi konsultan kami di sini untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan Halal JAKIM:

AnsarComp Malaysia ()

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these