Sesi Latihan Bulanan Bersama Ansarian

Sesi latihan bulanan bersama Ansarian pagi tadi yang diadakan setiap pagi Sabtu minggu ketiga.

Bezanya kali ni live streaming macam ni.

Pelik juga rasanya bila cakap sorang-sorang depan screen ni. Risau kot tetiba hilang idea hehe.

Skill baru yang sedang diasah. Sebelum ni kalau buat pun via skype / zoom sahaja, jadi tak lah rasa keseorangan.

Apapun, Alhamdulillah berjaya juga buat utk selama 2 jam tadi dengan bantuan IT team yang memang setia stand by.

The new norm. Better late than never ?.

Hari ni saya memang sentuh bab norma baru.

Fokus utama kepada perjalanan biz AnsarComp dan persediaan Ansarian untuk hadapi hari-hari mendatang yang penuh cabaran dan penuh misteri.

Meskipun kesibukan mereka sekarang semuanya berlipat kaki ganda berbanding sebelum PKP, namun trend bisnes tidak lagi sama seperti dulu.

Turun naik bisness boleh berubah sekelip mata dan semuanya perlu alert dan wajib berada dalam keadaan sedar dan sentiasa berjaga-jaga dan posisi bersiap sedia.

Sebab hakikatnya, dunia sejak COVID-19 sekarang seolah-olah dalam medan peperangan, kita bukan dalam tempoh percutian ataupun masa untuk bersantai-santai (kecuali mungkin untuk segelintir golongan).

Dan semua ini perlu ada ilmu dan kemahiran baru.

Saya ingatkan diri saya sendiri dan semua, ada 5 sudut norma baru yang perlu “switch” dan diambil perhatian segera sekurang-kurangnya:

1) Mindset – fixed mindset vs growth mindset, self development, tingkatkan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama yang menjadi teras dan pelbagai kemahiran baru lain.

2) Keluarga – bila mind set ready, diri sendiri boleh berubah, perlu cek pula keberadaan keluarga, sanak saudara terdekat.

3) Kerjaya – perubahan besar yang ada, cara berkerja, cara fikir, cara berinteraksi dan banyak lagi.

4) Bisnes – peka dengan trend terkini, supply vs demand, bisnes model baru dan sebagainya

5) Social life / ummah – cara bersosial, cara berintraksi dan perubahan baru yang perlu dibuat untuk memberi manfaat kepada ummah.

Semoga sedikit perkongsian tadi bermanfaat dan dapat menjadi air yang mengalir yang menyuburkan tanaman bukan air yang bertakung yang keruh berkeladak tidak memberi manfaat. In sya Allah. Ameen.

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these