Ibnu Abbas r.a pernah ditanya tentang kebahagiaan dunia, lalu beliau menjawab:
“Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu:
1. Qalbun syaakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaaju sholihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3. Al auladul abrar, iaitu anak-anak yang soleh
4. Albii’atu sholihah, iaitu suasana yang kondusif (baik) untuk iman kita, termasuklah sahabat yang soleh.
5. Al maalul halal, atau harta yang halal
6. Tafakkuh fi ddien, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.”
========
Untuk menggapai 7 kebahagiaan tersebut pasti banyak cabarannya, kerana setiap insan pasti diuji sama ada melalui pasangan, anak-anak, harta-benda, kesihatan dan sebagainya.
Syukur dengan segala nikmat.
Sabar dengan setiap ujian. Bagaimana kita mengurus kehidupan kita tatkala kita sedang diuji sama ada susah atau senang.
Dan Allah juga tidak akan menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan seseorang itu untuk menghadapinya. Pasti ada hikmah yang tersirat di sebalik duri ranjau kehidupan. Pasti ada sinar bahagia di hujung jalan bagi insan-insan yang sentiasa bersabar dalam ketaatan dan ketaqwaan.
Sama-sama berdoa dan berusaha lakukan yang terbaik untuk peroleh redhaNya demi menggapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار…آمين
Muhasabah diri.
#diridancermin