“ASK Talk June 2020: Connecting the Dots Part 2.”

20 Jun 2020:

Sesi bersama ansarian pagi tadi,
“ASK Talk June 2020: Connecting the Dots Part 2.”

Sesi hari ini fokus kepada “self realization and self actualization” setelah masing-masing berjaya melepasi tempoh 3 bulan perjuangan berkerja dari rumah kerana PKP, dengan izinNya.

Tempoh yang getir dengan pelbagai cabaran baru namun dengan rahmatNya, semuanya dapat ditempuhi jua malah melebihi apa yang dijangkakan. Paling penting semuanya kekal sihat dan ceria. Alhamdulillah. Nikmat apakah lagi yang ingin didustakan.

Jadi sesi ini penting untuk pastikan semuanya masih dalam radar minda bawah sedar untuk realisasikan misi dan visi versi terkini tercapai, dan dalam masa yang sama supaya tidak terlalu merasa selesa atau terbeban atau terkesan dengan tugasan yang bertambah dan bersifat “multi task” dalam fasa PKPP dan fasa seterusnya selepas ini.

Ujian musibah luar kawal tiada siapa yang dapat menghalang. Jadi kita perlu fokus kepada perkara yang kita boleh kawal dan ubah dengan izinNya. Perlu pantas berfikir dan bertindak serta responsif dengan setiap perubahan yang berlaku bagi memastikan perjalanan bisnes tidak jauh ketinggalan kesan norma baru.

Semuanya perlu bermula dengan mindset dan persepsi yang betul. Jika ada “fixed mindset” dan “mindset yang terbalik” maka akan mengakibatkan kesukaran untuk bergerak dalam satu tim.

Dunia norma baru telah melahirkan jiwa yang baru, seolah kelahiran semula, apatah lagi kita baru sahaja melepasi bulan Ramadhan, kembali ke fitrah.

Jadi tatkala melepasi fasa-fasa getir ini, penting untuk berhenti sejenak, tanya
diri sendiri:

1) “Who am I ?”
Siapa saya dulu dan siapa saya sekarang? Adakah lebih baik ataupun sebaliknya?
Apakah yang dapat dipelajari ?
Apakah ilmu / kemahiran baru yang diperolehi?

2) What are my wishes? My big dreams now, after the new “me”?
Apakah 3 impian paling besar untuk dicapai selepas ini?

3) Berapa banyakkah jalan berliku yang perlu dicari untuk temui jalan yang betul? Jika masih keliru dan buntu.

Atau adakah inilah sebenarnya laluan yang sudah tepat yang telah dipersiapkan olehNya untuk direntasi dengan semangat seorang pejuang tanpa kenal putus asa dan erti jemu?

Soalan-soalan ini yang perlu dijawab dengan hati yang jujur dengan harapan kita menjadi insan yang lebih bersyukur dengan nikmat kehidupan, bersabar dengan setiap ujian, redha dengan setiap ketentuan dalam masa yang sama bersedia dan terus bersemangat dengan azam dan tawakkal untuk untuk terus berjuang mendepani perubahan demi kecermelangan dunia dan akhirat.

فاذا عزمت فتوكل علي الله…
“Jika kamu sudah berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah.”

Moga Allah berkati setiap usaha dan perancangan dan dipermudahkan segala urusan kita semua. Ameen.

#catatanRH
#ASKTalk2020
#ansarian

Nota: In sya Allah bulan depan dah boleh buat training secara offline macam biasa. Rindu dunia offline ?.

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these