Alhamdulillah, saya dan peserta Hi-Tea Embracing Women Business yang berlangsung pada 5 Dis 2015 di Restoran Maidah Cuisine, telah berpeluang mendengar perkongsian tips business online daripada kedua wanita ini iaitu Pn Liza Ali, Content Consultant dari Rich Idea Resources dan wom.my dan juga Artis terkenal Azza Elite.
Pn Liza Ali selaku speaker jemputan, telah menyampaikan beberapa tips tentang business online, antaranya, beliau menekankan:
1) Kepentingan untuk cari dan fokus kepada satu-satu produk / servis untuk biz online. Elakkan menjual semua benda dalam satu-satu website atau social media yang sama. Ini adalah kerana persaingan business online adalah tinggi, maka pelanggan lebih suka mencari kelainan dan keunikan yang ditawarkan yang ada dalam bisnes online tersebut.
2) Perlu Fokus kepada kandungan berkaitan yang disampaikan supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain contohnya memberi tips yang berguna seterusnya dapat menghasilkan e-book untuk manfaat orang lain.
3) Perlu juga menggunakan khidmat servis dan kepakaran orang-orang yang terlibat dengan media sosial untuk memasarkan produk/servis tersebut secara lebih berkesan lagi.
4) Perlu ada website / blog untuk dan perlu rajin update atau melantik staff / wakil untuk menguruskan website / blog tersebut. Nama website / blog juga perlu jelas mengikut jenis produk / servis yang ditawarkan.
Berikut pula serba sedikit perkongsian santai Artis Azza Elite yang juga terlibat dalam business online:
1) Kisah yang menghiburkan bagaimana dia terjebak dalam dunia biz online secara tidak sengaja. Bagaimana dia begitu malu untuk menjual bedak sejuk keluaran bapanya. Post pertama beliau untuk biz online ini lebih kurang begini: “Saya ada jual bedak sejuk. Ada sesiapa nak beli inform saya, kalau tak nak beli pun tak mengapa”.
Kelakar kan bunyinya. Tapi tanpa disangka bedak sejuk sebanyak 20 pek yang diberikan bapanya sebagai permulaan itu habis dijual dalam masa sehari!
Moralnya: Kita perlu yakin pada diri sendiri bila menawarkan apa-apa produk / servis kepada bakal pelanggan. Jangan malu untuk menjual.
2) Selepas jualan bedak sejuk yang pernah diusahakan bapanya selama ini secara offline, tiba-tiba mendapat sambutan hangat setelah mula dibuat secara online, beliau semskin teruja untuk meneruskan biz online itu. Kini produk bedak sejuk itu terus mendapat sambutan hangat sehingga ada yang menawarkan untuk menjadi agen jualan. Moralnya: Bisnes secara online lebih mudah dan lebih cepat untuk dijual dan agen jualan juga perlu dilantik (B2B) supaya produk dapat dijual dengan jumlah yang lebih besar dengan harga borong.
3) Katanya, jangan sesekali malu untuk buat jualan setiap masa, bawa sahaja dalam kereta produk kemana-mana sahaja dan tawarkan sahaja kepada sesiapa sahaja yang ditemui. Kita tidak tahu siapakah yang bakal menjadi pelanggan setia / wakil jualan kita seterusnya.
4) Perlu rajin post di instagram atau mana-mana media sosial pilihan yang bersesuaian dengan produk / servis yang ditawarkan.
5) Selalu juga berkongsi dan membantu promosi produk / servis usahawan lain agar sama-sama maju. Lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak rezeki Allah bagi. In sya Allah.