Resipi hidup seorang mukmin; syukur dan sabar. Syukur dengan setiap nikmat, hargai dan kecapi dengan penuh rasa kehambaan, sabar hadapi ujian, sabar menghadapi ujian, dalam melaksanakan ketaatan serta meninggalkan larangan. Tiada salah satu pincanglah kehidupan, jiwa akan menjadi kacau.
Semakin banyak amanah dan tanggungjawab, semakin besar ujian. Semakin meningkat usia, semakin menggunung ujian menunggu dalam pelbagai rupa. Bersedialah.
Jika kita melihat kejayaan seseorang, yakinlah dia sebenarnya sudah menempuh pelbagai ujian getir yang kita tak pernah terfikir sebelum dia sampai ke tahap itu…
Di sebalik senyuman itu ada derita yang mungkin sedang ditanggung yang hanya dia dan Allah sahaja yang Maha Tahu…
Maka syukurlah dengan nikmat kehidupan kita yang ada sekarang setiap detik dan saat, dan sentiasa bersedia dengan perisai kesabaran saat ujian menimpa…yakinlah janji Allah yang tidak akan membebani seseorang di luar keupayaannya.
Let’s say Alhamdulillah…
Let’s say Astaghfirullah…
#diridancermin