Ganjaran sabar tanpa batas

Sekadar berkongsi semula catatan lama… zaman rajin sikit menulis… lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebenarnya… supaya jangan mudah “melatah” dan “melenting” bila diuji… ujian yang akan datang dan pergi, silih berganti, selagi masih bernafas di muka bumi…

Sama-sama berazam untuk didik hati untuk sentiasa berbaik sangka dengan setiap ketentuanNya dan sentiasa bersikap tenang untuk hadapi apa jua kemungkinan dalam kehidupan…. cakap senang, untuk laksanakan itu perlu mujahadah dan petunjuk hidayatNya jua… ameen.

Khusus buat sahabat-sahabat, insan-insan yang diuji hebat saat ini, bangkit dan teruskan kehidupan dalam ketaqwaan penuh kesabaran, pengharapan dan penggantungan padaNya semata bukan pada manusia.

Satu masa semua itu pasti berganti jua dengan sesuatu yang lebih baik, tidak di dunia, di akhirat kelak, betapa indahnya ajaran Islam dan nikmat menjadi seorang mukmin dalam menghadapi ujian.

Ganjaran sabar itu tanpa batas, kemuncaknya syurga dan redha Allah. Yakin sahaja pada janji Allah dalam surah Al Insyirah. Dia Maha Mendengar dan Dia jua sebaik-baik Penolong.

لا حول ولا قوة الا بالله
لااله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين

#diridancermin
#tintahijrah

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these