Tahap kejayaan, bagaikan mendaki anak-anak tangga…

Setiap kejayaan ada tahapnya, bagaikan mendaki anak tangga ke puncak yang lebih tinggi. Ia juga bagaikan menapak melalui lorong-lorong di hadapan kita yang penuh berliku, yang kita sendiri tidak pasti apa yang akan kita tempuhi di hadapan sana.

Setiap anak tangga ada ceritanya, suka-dukanya, peristiwa, situasi dan pengalaman yang berbeza. Setiap lorong yang dilalui pasti ada perhentiannya. Pasti ada ceritanya yang tersendiri.

Tidak berjaya bukan bererti gagal. Hakikatnya kita sudah berjaya melepasi satu anak tangga ke atas. Kita sudah berjaya untuk mendaki, bezanya belum sampai ke tahap yang lebih tinggi. Kita juga sudah maju setapak ke hadapan. Semakin jauh kita di hadapan, kita sebenarnya sudah melepasi pelbagai halangan dan cabaran dan kita telah mencipta satu lagi rekod tahap kejayaan kita sendiri.

Kejayaan kita bukan untuk diri kita semata, hanya melalui kita sebagai ujian untuk kita dan ada hak-hak yang perlu kita tunaikan dengan kejayaan itu.

Setiap kejayaan pasti ada orang-orang sekeliling kita, jauh atau dekat yang membantu, menyokong dan mendoakan kita, langsung atau secara tidak langsung.

Kita sendiri yang lebih tahu untuk mendefinasikan kejayaan kita, di mana anak tangga kita, ke mana haluan kita seterusnya.

Sering tanyakan pada diri sendiri:
Haluan mana yang kita pilih? Anak tangga mana yang kita daki? Adakah tahap kejayaan kita itu seiring bersama redhaNya?

Nota:
Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan “orang-orang yang berjaya” sebagaimana yang telah disebut dalam al-Quran, Surah Al-Mu’minun, ayat 1-11. Antara ciri-cirinyanya adalah mereka yang khusyuk dalam solat dan menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, menunaikan zakat, menjaga kehormatan diri, menjaga amanah dan janji dan tetap memelihara solatnya. Mereka itulah yang berhak mewarisi syurga Firdaus.

Ameen.

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these