Tujuh Kebahagiaan Dunia

Repost: Tujuh Kebahagiaan Dunia…

Ibnu Abbas r.a pernah ditanya tentang kebahagiaan dunia, lalu beliau menjawab:

“Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu:

1. Qalbun syaakirun atau hati yang selalu bersyukur.

2. Al azwaaju sholihah, iaitu pasangan hidup yang soleh.

3. Al auladun abrar, iaitu anak-anak yang soleh.

4. Albiatu sholihah, iaitu suasana yang kondusif (baik) untuk iman kita, termasuklah sahabat yang soleh.

5. Al maalul halal, atau harta yang halal.

6. Tafakuh fi ddien, atau semangat untuk memahami agama.

7. Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.”

=====

Nota:

Untuk menggapai kebahagiaan tersebut pasti banyak cabarannya, kerana setiap insan pasti diuji sama ada dengan ketakutan, kesempitan, kesakitan, kesusahan, kehilangan dan sebagainya.

Diuji pula dengan pelbagai cara, melalui ahli keluarga, jiran-jiran, sahabat-handai, harta benda, kuasa, pangkat dan sebagainya.

Syukur dengan segala nikmat.
Sabar dengan setiap ujian.

Memang mudah untuk diucap…namun diri sendiri lebih tahu sejauh mana keadaan diri saat menghadapi setiap ujian tersebut, terutamanya pada pukulan pertama.

Moga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran demi redhaNya dan keampunanNya.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار…آمين

Muhasabah diri.
#diridancermin

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these