HIJRAH: DARI DESA KE KOTA…

Peluang balik kampung, banyak boleh belajar dan kutip pengalaman dari orang-orang kampung. Pengalaman luar biasa yang tidak ada pada orang-orang yang biasa tinggal di bandar. Seronok dengar mereka bercerita.

Sesukar manapun mereka, tetap boleh “survive”.

Ramai yang berhijrah ke kota mencari rezeki dan punca rezeki mereka dan jiwa mereka telah sebati di kota.

Tidak kurang juga yang telah berhijrah pulang semula ke desa kerana tidak tahan untuk “survive” hidup di kota ataupun tidak betah dengan keperitan kota. Jiwa mereka juga tidak serasi dengan desakan hidup di kota.

Apapun, semuanya adalah soal sikap, cara berfikir serta cara bertindak dengan peluang atau kesempatan yang ada di sekeliling kita, di mana sahaja kita berada. Tujuan hijrah untuk penambahbaikan bukan sebaliknya.

Pinjam kata-kata Dr. Tengku Asmadi: “Hidup biarlah menjadi benih yang baik. Dicampak ke laut menjadi pulau, terlontar ke langit menjadi bintang, jatuh ke daratan menjadi pohon yang berbuah dan rendang”, dan yang paling penting jaga iman.

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these