Manusia

Manusia yang jahil akan binasa jika tidak berilmu. Manusia yang berilmu akan binasa jika tidak beramal. Manusia yang beramal akan binasa jika tidak ikhlas kerana Allah. Bagaimana agaknya keadaan diri disisiNya?

Muhasabah tahap / ciri solat orang-orang yang berjaya sebagaimana yang disebut dalam Al Quran:

1. Daaimun – istiqamah

“yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya” (Surah Al Maarij: 23)

2. Khaasyi’un – orang-orang yang khusyuk dalam solat

“Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” (Surah al-Mukminuun:2)

3. Menghidupkan malam hari dengan solat

“Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka” (Surah Al Furqan:64)

Muhasabah diri sendiri. Persiapkan diri untuk menyambut Ramadhan dengan tadabbur dan tazakkur Al Quran serta perbaiki tahap solat masing-masing. .

Nota:
Menyahut tuntutan “sampaikan dariku walau satu ayat”, untuk manfaat bersama.

Catatan Seminar 1000 Berkah, Sesi 2, Ustaz Fazrul Ismail.

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these