Belajar untuk teroka peluang, kenal pasti peluang dan cipta peluang. Alhamdulillah atas peluang.
Belajar juga untuk jadikan setiap peluang yang ada boleh menjadi peluang yang lebih besar melalui apa yang kita ada dan melalui orang lain yang mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri.
Belajar juga untuk memberi peluang dengan hati yang tulus ikhlas dan niat yang betul keranaNya…mudah-mudahan Allah akan buka peluang-peluang baru yang luas terbentang, tanpa disangka dan tanpa disedari. In sya Allah, Ameen.
“Apabila dibuka suatu peluang kebaikan, maka bersegeralah melakukannya kerana kita tidak mengetahui bilakah ia akan tertutup buat kita.”
(Kata Ulama)
اللهم يسر ولا تعسر…