(Kisah ni panjang sikit, moga adalah manfaatnya)…
Baru-baru ni, ada tugasan seni yang Safuraa perlu siapkan.
Kena tonton video origami dan lipat kertas untuk hasilkan kotak hadiah yang comel.
“Nak guna kertas apa Ummi?”
Mula tu saya fikir guna kertas biasa sahaja.
“A4 paper tu pun boleh”
Maka dia pun buat guna A4 paper biasa.
Terkial-kial jugalah dia buat, sambil saya pun ikut sama-sama dia tonton video cara-cara nak buat.
(Best juga belajar ilmu baru sebab dulu kecik-kecik pandai buat jadi bakul je, tanpa tutup)
Dah siap buat, sekali dia tengok kawan-kawan yang post dalam google drive, ada macam-macam warna ada.
Owh rupanya Ummi pun tak baca habis arahan soalan sebelum buat tu.
Ummi short cut, terus tengok video jer.
Alahai Ummi pun.
“Isyy tak cantik lah..” rungutnya geram.
Maka muncung lah juga dia sekejap.
Rasa down. Tak bagi saya upload.
Lagipun hasil pertama tu dia tak puas hati sangat sebab tak berapa kemas lipatannya.
Dan dia tak berapa faham sikit lipatan bahagian akhir tu.
“Oklah kite nak buat baliklah. Kena buat kertas corak tu dululah Ummi”
katanya dalam nada yang tak puas hati tapi dengan semangat tak nak kalah.
“Ok jom Ummi teman…” lega sebab dia yang nekad nak buat semula. Maka rajuknya tak panjang lah ni.
Maka dia buat lagi sekali, bentang kertas putih, bermain dengan water color, tiup guna straw semua tu untuk hasilkan corak cantik warna-warni di kertas A4 putih.
Kemudian setelah kering, barulah dilipat jadi kotak hadiah tersebut.
Kali kedua buat dah semakin kemas lipatan. Sikit jer saya bantu dia perkemaskan di hujungnya.
Kali ni dia dah mula senyum.
“Oklah Ummi, kite nak buat 2 kotak lagi. Kite
dah faham dah.” Tiba-tiba dia terus bersemangat nak buat. Jam dah 12 malam…
Senyum dia semakin lebar…
Maka akhirnya terhasillah 3 kotak hadiah comel ini untuk diupload dalam google drive yang cikgu dah sediakan tu. Kotak putih yang pertama tu dah selamat masuk bakul sampah.
Siaplah satu homework Seni.
Maka sebelum dia naik tidur, Ummi pun beritahu Safurraa, “moral of the story” kotak hadiah ni.
Ini bukan setakat buat kotak hadiah tapi inilah namanya proses belajar belajar.
1) Kena faham soalan dan arahan ataupun masalah, kemudian cari ilmu (spt rujuk video, bertanya guru) dan prektis buat (tadi Ummi pun silap tak cek betul-betul arahan soalan dan Ummi dah minta maaf).
2) Jangan putus asa. Jangan mengalah. Cuba sampai dapat. Jika buat salah, segera perbaiki, mohon maaf dan maafkan orang.
3) Kemahiran perlu digilap dan dilatih. Kemahiran hanya akan dapat bila kita selalu buat. Sebab tu kali ketiga dan keempat buat, dah makin mudah buat dan makin kemas hasilnya. Apa-apa subjek pun kena rajin baca buku dan buat latihan. Practice makes perfect.
Tu pesanan untuk Safuraa.
Untuk Ummi sendiri pula, ada satu ingatan penting, berkaitan kertas putih vs kertas bercorak tu.
“Anak-anak dilahirkan bagaikan kertas / kain putih itu..kita lah ibu bapa yang mencorakkan anak-anak… “ (boleh rujuk hadis berkenaan ni).
Mereka adalah amanah.
Pastinya hadiah yang bernilai untuk kita sebagai ibu bapa apabila direzekikan Allah anak-anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kita kelak.
Dan kita perlulah sentiasa perbaiki diri agar jadi anak yang soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa kita dan menjadi teladan yang baik untuk anak generasi kita. Ameen ya Allah.
==============
Selamat bercuti semua walaupun setiap hari ada tugasan rasmi dan tak rasmi di rumah.
Selamat menjadi guru yang terbaik untuk anak-anak dan paling penting sabar melayan kerenah anak-anak, kerana mereka adalah sebenarnya cermin diri kita…(sambil lagi sekali berpesan kat diri sendiri 😊)…
#santaicutiRH
#CatatanRH
#diridancermin