26-29 Oct 2022:
AnsarComp Strategic Planning 2023
Alhamdulillah. Finally done. Home sweet home, semuanya dah selamat sampai rumah petang semalam.
Mudahan dengan izinNya dapatlah dilaksanakan apa yang dirancang.
Kali ni kami rasa amat bertuah sebab ada coach yang ikut serta. Banyak sangat membantu. Banyak kami dapat ilmu baru, atau lebih tepat lagi, “the missing chapter” yang diperlukan.
Bimbingan daripada coach yang banyak pengalaman amatlah diperlukan apatah lagi di saat kita cuba mencari jawapan kepada sesuatu yang kita kurang pasti atau ada kekeliruan atau ada percanggahan pendapat.
Coach boleh bantu “counter check” mana yang kurang dan bimbing apa yang perlu diperbaiki. Selain itu dapat “trigger” kepada jawapan atau solusi dan juga strategi yang lebih bersesuaian.
Ada kalanya pandangan pihak ketiga, berdasarkan fakta-fakta dan data yang ada itu, sangat membantu untuk kita buat keputusan yang mungkin kita tidak pernah terfikir atau tidak nampak sebelum ini.
Proses pembelajaran itu tidak akan berakhir selagi kita mahu belajar dan sentiasa mencari peluang untuk upgrade diri dan juga team dalam organisasi.
Pastinya semakin banyak yang dipelajari, semakin banyak pula “the new chapters” yang perlu dihadam.
Terima kasih Coach Rafi Ansari dan juga team leaders Ansarians yang telah memberi komitmen padu, siang dan malam, sepanjang berada di sana. Great moments to treasure…❤️
Terima kasih juga para sifu kami sebelum ini yang banyak beri tunjuk ajar untuk kami sampai ke tahap ini.
Jazaakumullahu khaira.

#catatanRH
#strategicplanning2023
#ansarian
#ansarcomp
#3Paradigms
#flyhigh