Apa itu “Ummatic Centric”?

Tertarik dengan konsep gagasan pemikiran “Ummatic Centric”.

“Ummatic centric bermula dengan meletakkan iman sebagai asas (input) dan amar makruf nahi mungkar sebagai tindakan (process). Hasilnya lahirlah sebaik-baik ummat (output).”

(Rujukan: Majalah Solusi, Edisi 132)

Konsep yang digali dan dihayati daripada ajaran Al Quran.

Penulis merujuk kepada firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 110:

{كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ….}

“Kalian (wahai umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” (Surah Ali Imran: 110)

(Sila rujuk ilmuan tafsir untuk huraian lanjut)

===========

Nota:
Betapa umat islam di akhir zaman ini wajib kembali kepada ajaran Al Quran dengan menerapkan pendekatan amar makruf nahi munkar dalam semua aspek kehidupan, ke arah transformasi menjadi sebaik-baik ummah.

Ajaran yang menyeru untuk berterusan buat kebaikan, tinggalkan kemungkaran, berbakti dan memberi manfaat kepada orang lain.

Dan perjuangan itu perlulah bermula dari diri sendiri, ahli keluarga dan seterusnya masyarakat.

Maka masih belum terlewat untuk sama-sama berazam untuk “transform”, berhijrah dan mujahadah ke arah kebaikan dengan istiqamah.

Moga hari ini sentiasa lebih baik dari semalam, untuk manfaat diri sendiri, keluarga serta kesejahteraan ummah. In sya Allah, Ameen.

#diridancermin
#sekilasmasa
#tadabbur
#santaicutiRH

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these