Kejayaan..

Semua orang impikan kejayaan.
Maksud kejayaan itu pula sangat subjektif.
Berbeza sudut pandang.

Secara umum kejayaan sering dilihat bila dapat capai apa yang diimpikan.
Kegagalan itu pula dianggap sebaliknya.
Tidak dapat hasil yang diharapkan dikira gagal. Kemudian dihimpit rasa kecewa tidak berkesudahan. Minda seolah terperangkap dalam terowong kegagalan, hitam dan gelap, tidak nampak jalan keluar.

Paling tragis, jika kejayaan itu pula diukur dengan prestasi kejayaan orang lain dan sentiasa membandingkan diri dengan kehidupan dan pencapaian orang lain sama ada dari segi gaya hidup, jawatan, tahap pendidikan, harta benda, pangkat dan sebagainya.

Jadi, ubah cara fikir dan persepsi tentang konsep kejayaan dan kegagalan adalah langkah pertama untuk mencipta proses kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan seseorang, biiznillah.

Istilah gagal itu adalah sebahagian ramuan pengalaman yang penting untuk cipta resipi kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan seseorang insan. Gagal itu dijadikan jambatan bukan penghalang.

Hakikatnya, istimewanya bagi seseorang yang bergelar muslim, seruan ke arah kejayaan itu sentiasa diperingatkan, bergema di dalam azan, 5 waktu sehari semalam…

حي علي الصلاة…
حي علي الفلاح…

Selamat memburu kejayaan untuk hari ini walau di mana sahaja kita berada. Mudahan apa yang diusahakan diberkatiNya jua.

=========

اللهم صل علي محمد وعلي آل محمد…

#catatanRH
#RoadToRamadan

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these