ASK Talk Ogos 2021

Meneruskan perjuangan bersama Ansarian hari ini untuk sesi ASK Talk untuk bulan Ogos. Alhamdulillah.

Surat kebenaran baru daripada pihak MITI untuk kapasiti 60% staff datang ke pejabat telah pun diperolehi sejak seminggu yang lalu.

Maka sesi hari ini dapatlah dibuat secara online dan juga offline secara serentak, tetapi dibahagikan kepada dua kumpulan utama.

Mendepani cabaran musim pandemik yang panjang ini, ternyata memerlukan kemahiran baru yang sangat berbeza dengan angka-angka baru yang luar jangka dan sukar diramal.

Antaranya adalah kemahiran untuk kenal pasti peluang yang perlu diberi tumpuan segera dan dalam masa yang sama perlu cekap menyusun atur perjalanan bisnes sedia ada supaya kekal relevan dengan keperluan pasaran semasa.

Maka pemantauan perlu dibuat sebaik mungkin dan di sinilah perlunya kekuatan dan keupayaan barisan team leaders yang dapat bertindak pantas, membuat keputusan, menerajui team- menari mengikut rentak dan irama yang bersesuaian – seiring dengan misi dan visi yang telah ditetapkan.

Ahlan wasahlan kepada semua yang baru bergelar “Ansarian” termasuklah beberapa orang trainee baru.

Selamat menimba ilmu baru, berkongsi idea baru, saling melengkapi antara satu sama lain.

Moga segala apa yang dirancang menjadi kenyataan dan tercapai dengan izinNya. Ameen.

AnsarComp ~ Leading the Way.

#ansarspirit
#ansarian
#asktalk
#catatanbizRH

 

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these