Destinasi

Tunduk ke bumi, sedar kerdil dan fakir diri. Itulah tempat kembali…
Dongak ke awan biru, insafi kebesaran Ilahi. Kita hanya hambaNya, hidup bukan untuk menongkat langit meninggi diri…
Pandang ke kanan dan ke kiri, kita sedang diperhati, amalan kita sedang dicatat setiap saat, sebelah kanan dan kiri, timbangan mana satukah yang lebih berat?
Toleh sejenak ke belakang, melihat jejak-jejak yang ditinggalkan, ternampak hitam-putih diari kehidupan, dosa-dosa bertaburan, muhasabah diri atas segala kealpaan dan kekhilafan, cukupkah bekalan untuk dibawa pulang?
Pandang terus ke depan, banyak persimpangan dan persinggahan, pelbagai pilihan laluan peluang dan ruang amalan maaruf atau munkar, jalan ke arah berpahala atau berdosa, bersama redha atau murkaNya, destinasi menuju ke syurga atau ke neraka.
Yang mana satukah menjadi idaman dan rebutan? Amalan yang mana satukah bakal membawa kita ke syurga Allah?
Ya Allah, sesungguhnya hanya dengan rahmatMu untuk kami layak masuk ke syurgaMu, destinasi idaman kami yang kekal abadi…tunjukkan kami jalan yang lurus, ampunkan segala dosa-dosa kami…
الله اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة. امين

About the Author

Ramlah

Executive Director
AnsarComp (M) Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


You may also like these